Friday, 7 September 2012

Tolong Samapaikan Kepada Bakal ImamKu


Tolong sampaikan kepada bakal imamku
Tolong beritahu si dia, 
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, 
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, 
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, 
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, 
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. 
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. 
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. 
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, 
jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, 
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


Petikan dari blog Kasturi
http://musafir-ghuraba.blogspot.com/2011/02/tolong-sampaikan-kepada-bakal-imamku.html


-P.S-hanya berkongsi pendapat...

DOA RABIUL AL ADAWIYAH:



"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."

Tuesday, 24 July 2012

Tazkirah Ramadhan : Puasa Dan Kesihatan






BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siangmalah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

·  Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

·  Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

·  Mengulangi makanan sepanjang malam.

·  Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

·  Tidur selepas kenyang makan.
 

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

·  Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

·  Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

·  Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

Sumber : http://tayibah.com/eIslam/puasasihat.htm

Salam Ramadhan

Salam, Selamat pagi.. cam na ari ni posa ok lagi ker dah K.O ? hehe. Ari nie dah 5 ramadahan,kita dah posa. Persiapan raya dah buat ke?eheheh dah x sabar lak nk raya. Posa pun x abih lg dh nk ingt raya.. x sbr rupanya aku nie. 





Thursday, 5 July 2012

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku


Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh La Di Da di Forum Tentang Cinta.
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Wednesday, 20 June 2012

5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan



Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh dieda di Forum Tentang Cinta.
1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.
4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.
5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan
Sekadar berkongsi pengetahuan..:-)

Mutiara Cinta

Salam..i`m back. da lama x mengupdate kt cni. maklum la sy nie x pandai sgt guna bloging nie..heheh malu sehh. Ari nie nk kongsi ckit kata2 mutiara cinta untuk renungan kita bersama..heheh

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghand

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.



with love u always :-)