Thursday, 9 February 2012

Cerita Baru diriku

Salam,lma sungguh x update blog nie..sory la bz ckit sejak mula tahun nie..skrg duk wat pratikal,x smpat la nk update blog nie..


BILA WAKTU TAK MAMPU BERUNDUR

pabila pandangan ku mulai kabur 
memandang mu juga dalam kesamaran 
hati menangis tatkala ku tahu mata ini tak kan lagi bersinar
dalam kelam dan bening kelabunya
bila sering air mataku menitis
ku sedar ini adalah permulaan
menuju jalan pulang
rambut ku juga gugur
ketak kerintingnya mulai putih bertabur
tak ada lagi ikal mayangnya
biar ku sisir rapi 
dan gugurnya berderai satu satu 
dan itulah pertandanya 
tak akan ada lagi kemudaan
bila gigi ku juga sering goyah dan gugur 
selera ku makin berundur 
tak mampu lagi mengunyah 
tak mampu lagi memamah
hilang segala nikmat 
hilang segala manik keringat 
aku sudah tidak lagi berdaya 
kemampuanku makin terbatas 
segala mimpi pun menjadi api 
yang membakar semangat sepi 
dalam kesendirian 
anak anak ku dimana 
pada siapa dapat ku berharap
bila tua ku tak lagi berseri
aku pun menjadi kelu
lemah longlai dan lesu 
bila waktu tak mampu berundur
aku pun menunggu dipintu kubur


Kalau satu hari awak menangis , bagitahu saya , saya tak janji nak buat awak tersenyum , tapi saya boleh menangis bersama awak :')
Kalau satu hari awak ada masalah , awak bgtahu saya , saya takjanji nak bagi penyelesaian , tapi awak boleh kongsi dengan saya :')
Kalau satu hari awak nak pergi berjalan , bagitahu saya , saya takjanji nak halang awak tapi saya boleh teman awak :')
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerite awak , saya janji saya akan ada untuk awak :')
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya , dan saya tiada , mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan saya :')


No comments:

Post a Comment